Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di peringkat waspada yang melibatkan beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Selatan Semenanjung. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada jam 12:30 tengah hari, 23 Disember 2025, keadaan cuaca ini dijangka akan membawa taburan hujan yang tinggi dalam tempoh beberapa hari bermula hujung minggu ini.
Bagi fasa pertama, hujan berterusan dijangka melanda seluruh negeri Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan, merangkumi daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh. Keadaan cuaca ini diramaikan bermula pada hari Khamis, 25 Disember 2025, dan dijangka berlarutan sehingga hari Ahad, 28 Disember 2025.
Seterusnya, amaran yang sama turut melibatkan negeri Pahang dan Johor. Di Pahang, kawasan yang dikenal pasti terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, dan Rompin. Manakala di Johor, tumpuan diberikan kepada daerah Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi. Tempoh hujan berterusan bagi kedua-dua negeri ini dijangka bermula pada hari Jumaat, 26 Disember 2025, dan berterusan sehingga hari Isnin, 29 Disember 2025.
Penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca serta arahan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sepanjang tempoh amaran tersebut berkuat kuasa.
